Hehe baru reti bagi salam ye. Mentang-mentang kene perkenalkan diri.
Brief introduction:
(nak tahu lebih lanjut sila klik sini : www.manadeakutipuje.com
Nama : W Nur Syahifa Binti Wan Sudin.
Ye memang tak salah eja. W saja. Rasa nak tumbuk tak orang yang record kelahiran aku tuh? Double U kot. Alasan dia, nama aku panjang sangat tak muat surat beranak. Yaaaa, right!
Umur: Remaja. Muda belia.
Pekerjaan : Rahsia sulit kerajaan.
Tempat tinggal : Sama seperti di atas.
Tamat.
Picture is the courtesy of The New York Times.
Hahahaha :D
Interesting facts? 15?
Apsal siket sangat? Kehkehkeh.
Aku amik 15 fakta ajelah. Padam interesting tuuuu. Kalau tak aku sendiri muntah nak taip.
- Aku rendah. Tapi suka camouflage kelemahan diri ini dengan memakai high heels dan wedges shoes.
- Aku pernah berangan secara serius nak jadi stewardess tapi malangnya aku... *sila rujuk #1.*
- Seorang pelajar jurusan Sains Biologi pada asalnya sebelum buat keputusan berani mati tukar kursus pengajian kepada Sains Kemanusiaan sewaktu di peringkat matrikulasi.
- Degil dan keras kepala adalah sangat sinonim dengan diri ini. Untuk kedengaran lebih positive maka aku lebih gemar menggunakan terms seperti highly motivated and strong will bagi merujuk kepada diri sendiri. Hehehe
- Sudah bertunang. Tarikh keramat peristiwa itu ialah 1 Mei 2011.
- Akan berkahwin. Lagi 50 hari dari tarikh hari ini. Which is aku tak cuak langsung. Siket pun tak. Eh takde lah. Aku cool je.
- Garang dan cepat naik darah. Tapi kannnn. Sekarang ni kira aku dah baik siket tau dari dulu-dulu.. Aku minta maaf lah ye. Bukan sengaja nak marah. Hormon ni haaaa. (boleh pulak kau salahkan hormon ye)
- Aku jiwang lah jugak bila mood meroyan tu sampai. Kalau hari2 biasa aku relax je. Takdelah nak ber-sms ayat manis2. Skema ok. Tapi kalau datang time2 dia mulalah penuh dinding Facebook dengan gamba la, quotes jiwang la sampai aku sure ade kawan2 yang nak block aku dari friendlist dorang. Hikhik.
- Aku suka makan durian, bau durian dan semuanya tentang durian. Inilah buah terpaling sedap selepas cempedak. Eh?
- Anak perempuan tunggal dalam 5 adik beradik. Tersepit di tengah-tengah di antara 2 abang dan 2 adik lelaki. Yelah adik aku lelaki, kan tadi aku dah cakap aku sorang je perempuan. Mak aku wanita. So bukan perempuan okay. Ayat aku tadi tu betul dah tatabahasanya.
- Sekarang ni aku memakai pencil case bentuk lion yang aku pakai sejak Form 5 dahulu. Ye, memang kepam dan masam sekali rupe pencil case ini. Huhu setelah hilang bertahun2, aku jumpa dia masa nak pindah rumah raya haritu. :) Selamat bertemu, Lion!
- Nama panggilan aku masa sekolah ialah WAN, tapi aku poyo eja macamni: ONE. Hehe kat perut Lion ade tulisan 'ONE' guna marker hitam. Theee comel kan? (tak langsung!!!!)
- Aku dah gelabah tak tahu nak tulis apa.
- Haaa tahu dah. Sekarang ni aku tengah tunggu orang habis kelas supaya aku boleh masuk kelas tu pulak.
- At the same time, aku berdoa dia belum habis kelas supaya aku boleh habiskan menaip entry ni dulu. AKU BERJAYAAAA.
Sekian. Letihkan baca cerita orang boring mcm ni? Terimalah pantun 2 kerat.
Kahkahkah.
Ada aku kesah?
Bye.

No comments:
Post a Comment