Thursday, 15 December 2011

Day #3: My first love.

Boleh tukar tajuk lain tak?
Boleh?
Eh tak boleh ke?
Ala boleh lah ye.
Tak?
Damn you!


Aku malu lah nak ungkit citer lame. Sebab nanti aku takut lah ade pihak yang akan berkecil hati. Yelah. Aku sekarang dan ada yang punya kan. (pergh statement longkang habis.) Okay, memandangkan aku ni seorang yang mengikut peraturan tanpa pengecualian, maka aku akan ceritakan juga.


Tapi sebelum tu, 
"Sayang I minta maaf okay. I dah takde perasaan pun kat dia. Serious, hati I ade untuk you aje. Muachhhh."
(okay ni aku tipu. Tekak aku sendiri kembang nak cakap apetah lagi kalau dia yang dengar. Boleh muntah kahak. Uhuk uhuk camtulah lebih kurang bunyi dia.)


Aku malu sebab aku gatal masa kecik-kecik dulu. Baru sekolah rendah dah reti nak i lep yu i lep yu kat anak teruna orang. Teruk gila. Dan kisah cinta pertama ni jugak bertahan lama la.. sampai aku jumpa tunang aku sekarang ni. Hmmm.. kisah dia macam ni.


Aku terpakse rahsiakan nama mamat tak bertuah sangat ni sebab nanti incase kalau encik kebal dapat tahu, dia takkan la cari sampai jumpa and ape2 kan mamat ni. So AJ, you actually owe me one. 


AJ ni lagi tua dari aku. Biasalah budak-budak hingusan kan. Mana lah nak pandang teman sebaye ni. Muke same2 comot, same2 hitam berkilat. Lainlah kalau orang yang besar, handsome, smart, pandai bergaya, rambut pun pakai gel. Eh? Motifff....? Dari aku sekolah rendah sampai la habis UPSR aku pendamkan je rase aku suka kat dia tu. Eh takpe kan kalau first love kita cinta bertepuk sebelah tangan? Dah nak masuk penutup baru aku perasan. Aku citer asal cinta tak jadi ni. Takpelah. Iyekan aje. Takkan nak padam kot. Pkir nak tulis ke tak dah amik 2 jam tadi.


Okay, balik kat citer hambar aku tadi, dah habis UPSR baru aku berani nak meluahkan rase hati. Tapi aku tak cakap direct kat AJ lah. Aku malu... So aku bagitahu kat mak aku. Aku cakap la aku suka saaaaaangat kat AJ ni. Agak-agak nanti aku habis sekolah boleh tak aku nak kawin ngan dia? Terbahak-bahak mak aku gelak. Siap meleleh-leleh air mata segala. Dia kata aku gatal. Errr GATAL ? Kakak ni well-planned kot. Organized and systematic kot siap baru 12tahun dah plan perjalanan hidup. Padahal period pun baru beberape kali kene. Thee hee hee


Secara mudahnya, mak aku ingat aku main-main. Pada dia aku cam buat lawak tak berape nak best la. You can do better gitu. Okay, fine. Tak percaya sudah. Then bila aku masuk sekolah menengah, biasalah awek comel mesti ada orang minat kan. Tapi aku setia okay. Orang ajak je couple aku cakap aku dah ade orang booked. Perasan siot!! Sekarang ni aku rasa nak lempang diri sendiri. Tak malu gila. Padahal AJ bukan tahu pun pasal perasaan aku yang syok sendiri tuh. Then aku bagitahu AJ. Aku selalu je jumpa dia. So one fine day aku pun bagitahu. Aku rasa macam now or never kind of moment la time tu. Tapi AJ diam je. Orang cakap, diam tanda setuju so aku pun malas la nak pakse. Aku cuma senyum dan bersyukur sangat dia terima aku seadanya. :)


Tapi.... masa aku habis sekolah... dia still tak masuk merisik. Cakap ape2 berkaitan masa depan kitorang pun takde. Aku cam risau, tapi aku percaya dia. Kalau AJ ade orang lain, confirm dah lame dah aku tahu sape awek dia. Tapi takde okay, takde. 
Zero.
Yillek. 
Aku decide time tu, kalau by the time aku start masuk universiti, sama ade aku dengar dari mulut AJ yang dia ade orang baru atau aku boleh tuka perasaan sayang aku ni kat dia ke orang lain, barulah aku akan lupakan dia. Aku firm gila masa buat keputusan tu. Once and for all, aku menangis malam tu.


Then, datanglah Encik Kebal dalam hidup aku, .... dipendekkan cerita .... aku berjaya melupakan AJ. Aku malas dah nak hidup dalam bayang-bayang, takde kepastian dan yang same erti dengan nya. Bagi aku, aku dah setia cukup lama. Sekarang masa aku untuk bahagia pulak. Ewahhhh.


Dahlah. Nak cerita panjang-panjang pun tak guna. Rugi masa aku je menaip. Ape-ape pun aku rasa dia yang rugi. Aku cuma tujukan lagu pelamin anganku musnah saja untuk kau. Ape? nak link youtube? ehhhh carilah sendiri. Takde mase aku nak tepekkan. Kahkahkah kejam kan aku.


Tataplah korang puas-puas gambar AJ. Jangan menangis sudah lah ye.


Anua Jen, kekasih dalam diamku.




Hehehe. 
Ayat-ayat koman kau dengar dari aku masa kecik-kecik dulu:
"Dia ni tak kawin lagi sebab tunggu kakak besar lah ni."
Masa besar sket:
"Dia ni tak kawin lagi sebab tunggu kakak habis belajar la ni."
Masa sekarang:
"Aku malas dah tunggu kau. Bye."


:P
Loser tak aku? hahahahahaha
Bye.

No comments:

Post a Comment